Friday, November 7, 2008

"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat" "Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita" "Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" "Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu" "Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu" "Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu" "Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu" "Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu" "Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu" "Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu" "Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu" "Aku mendambakan cinta suci yang terjaga" "Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya" "Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa"


***Love is ever so beautifulLike the morning dews on blossoming rosesLifting its veil among the tall mountainsLetting the sun rays seep through the clouds.But the love of a human beingNever lasts longOne will say enough is enoughOr both will be separated by death.This love is but temporaryThe morning dew will evaporateThe tall mountains may fall from earthquakesThe sun rays will be shrouded by lightning clouds.What love lasts forever thenDespair not for I will tell youThere is nothing greater than the love of AllahThat lasts forever and eternally.The love of Allah never disappointsBringing us closer to HimEach time we remember himEven death will not do us apart...**

this interesting...

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.